Tentang Kami
Semuanya bermula dengan dua soalan:
Mengapa perlu membuang masa dan sumber sedia ada melangkaui fokus utama untuk memperluaskan perniagaan?
Bagaimana untuk memberikan kemudahan teknologi HR kepada para pekerja bagi menyokong memperkasakan kepakaran mereka agar mereka dapat berdaya saing dan fokus pada perkara yang lebih penting?
Diinspirasikan dari salah satu industri perniagaan premium berprestasi tinggi, syarikat ini awalnya diasaskan di Kuala Lumpur, Malaysia. Target kami sangat ringkas: Membantu anda maju kehadapan agar anda dapat memperkasakan bakat dan kepakaran anda dalam memanfaatkan syarikat, pelanggan dan yang paling utama; kemajuan diri sendiri.
Sehingga kini, rangkaian perkhidmatan kami diperluas merentasi Asia Tenggara dan kami sangat berdedikasi untuk membantu lebih banyak syarikat dalam memaksimumkan modal insan mereka khususnya melalui perkhidmatan pengurusan gaji, Teknologi HR dan pengurusan tenaga kerja, dan pengambilan tenaga kerja baharu.
Mengapa PeopleX?
Tenaga Penggerak
Kami percaya bahawa sentiasa ada jalan terbaik dan kami juga percaya aset paling bernilai dalam sesebuah syarikat adalah pekerja mereka.
Kami berakar umbi dalam mendedahkan faktor X: 'bakat istimewa atau kualiti yang perlu diberikan perhatian mempunyai kesan yang ketara ke atas hasilnya.'
X bermaksud pengembangan, gandaan, peningkatan dan pemaksimuman. Ia mendorong semua yang kita lakukan.
Kami memaksimumkan nilai dan ROI pekerja dalam organisasi dan memperkemaskan syarikat untuk tenaga kerja masa hadapan.
Standard Berkualiti Tinggi
Kami komited tentang apa yang kami lakukan dan kami kaluar dari norma biasa.
Kami meninjau perkhidmatan seumpama ini namun kami tidak menemukan mana-mana syarikat yang mampu memenuhi keperluan kami. Oleh itu, kami menubuhkan kumpulan sendiri khusus bagi mencapai objektif kami: untuk memaksimumkan potensi dan membantu orang ramai berkembang maju.
Pendekatan Pekerja Didahulukan
Kami melangkaui HR cara tradisional dan sokongan syarikat serta pasukan dalam perjalanan transformasi digital kerana kami tahu sejauh mana ia dapat membantu pekerja.
Bukan hanya sekadar aplikasi baharu, kami menawarkan perkhidmatan lengkap untuk perkembangan yang berterusan, hubungan dan kesetiaan pekerja.
Keselamatan Data
Kami menjaga data sebaik mungkin. Kami hanya menggunakan yang terbaik.
Sistem kami dihoskan pada gred perusahaan Microsoft Azure Web Services, infrastruktur penstoran awan tertinggi dunia, dipercayai oleh syarikat pemula, kerajaan, agensi dan 95% daripada perniagaan Fortune 500. Kami juga mematuhi ISO 27001 dan PCI-DSS.
We would not have it any other way.
Rakan Kongsi Terkemuka
Kami tidak hanya terhenti pada sesuatu. Kami sentiasa meneroka pembaharuan.
Kami sentiasa memandang masa depan.
Kami menghasilkan penyelesaian sambil mengambil kira keperluan hari esok.
Kami Memahami Keperluan Tempatan Dan Infrastrukturnya
Kami memberikan perkhidmatan di seluruh Asia Tenggara. Kami bukan sahaja membawa kepakaran dan pengetahuan Kumpulan Eastern-Alliance dalam pengurusan syarikat tetapi pemahaman mendalam tentang pelbagai identiti budaya di seluruh Asia Tenggara
Kami faham bahawa tidak ada satu penyelesaian yang sesuai untuk semua dan jika kami benar-benar ingin membantu orang ramai berkembang maju maka adalah menjadi misi dan kewajipan kami untuk mempunyai pemahaman yang mendalam tentang latar belakang budaya dan cara bekerja yang berbeza. latar belakang budaya dan cara bekerja yang berbeza.
Kami sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Eastern-Alliance
Syarikat induk kami telah ditubuhkan pada 1982 di Timur Malaysia sebagai sebuah syarikat pengedar.
Kini kami merupakan peneraju dalam pengurusan operasi perniagaan dan e-perkhidmatan.
Perkembangan yang dicapai dengan pesat dan pantas bermakna kami perlu segera menyesuaikan diri dengan pasaran. Kami bertanya kepada diri sendiri beberapa persoalan yang rumit mengenai cara untuk beroperasi dengan baik, cara menyelaraskan proses untuk menjadikannya seefisien mungkin dan lebih penting lagi bagaimana untuk memaksimumkan potensi modal insan – membina kekuatan dan mengembangkan bakat pekerja kami dan tidak membiarkan mereka melakukan tugasan yang berulang-ulang tanpa penyelesaian.
Kami Memiliki Kapasiti Serantau Dengan Infrastruktur Sedia Ada
Menakluki seluruh wilayah dengan infrastruktur yang sedia ada, kami memahami selok-belok setiap pasaran.
Moto
Sentiasa Ada Jalan Terbaik.
Objektif
Kami Membantu Anda Kehadapan
Visi
Tenaga kerja berprestasi tinggi yang sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan hari esok.
Misi
Manfaatkan sepenuhnya kuasa teknologi untuk membantu syarikat meneroka potensi pekerja mereka, yang membawa kepada prestasi yang lebih tinggi dan memberi manfaat kepada mereka sebagai individu, organisasi dan pelanggan.